Tuesday, May 24, 2011

:Putrajaya-London-Putrajaya-Genting Highland-Putrajaya:

Fuhh!!! Tengok N3 pun dah memenatkan.  Itulah yg terjadi pada aku buat sekalian kalinya.  Dari Putrajaya ke London disebabkan tugas aku yang menurut perintah. Balik dari London ke Putrajaya off cos la rumah aku.

13hb Mei 2011 aku ke UK kerana menjalankan tugas aku disana.  Off cos lah bila kt sana..bnyk keje yg menunggu.  Aku kt sana selama 4 hari.  Tp aku rasa dh mcm 4 tahun berada di sana.  Fuhh!! yg aku x tahan bab makan kt sana.. Aduss!! x leh blah..tekak aku ni dh x leh telah jenis makanan kt sana.  Tp nasib baik atas advise opis mate aku.. suruh aku bawa maggie secukupnya.  Kt sana bangun jer pagi, terus aku melantak maggie dan serunding+roti.  Mmg susahlah nk cari makanan kat tempat.

18hb Mei 2011 5.30 ptg aku smpi kt Putrajaya. Hati ku bergumbira.  Mana tak gumbiranya.  Aku x sabar nk jumpa My Gidung...Ahaks!! Aiyadh Muazd lah..my Lil Prince..yg aku rindu. Tp...aku sedih..bila smpi jer kt umah, Aiyadh x mo ngan aku..menangis2..aku pun rasa mcm pelik.  Dia mesti cari babah dia..so aku pun rileks.  Hari khamis aku cuti..tp aku still antar Aiyadh kt umh bbsitter dia. Coz aku still lg x cukup rehat+x cukup tido.  Hari jumaat pun aku cuti. So 1 hari aku dok ngan Aiyadh.  Aku nak dia rapat balik ngan aku.  Selama 4 hari aku tinggal kn dia...mcm2 perangai dia aku dpt tgk.  Ayoyoyo..pening aku dibuatnya. Tp aku layan kan jer. Aku tau tingakah laku dia..mmg dia protes ngan aku. Coz aku tinggal kan dia.  Selama ini aku x penah tinggalkan dia. Sedih gak lah aku, bila dia x nak ngan aku.  Asyik2 ngan babah dia..mana pegi skrg mesti ngan babah dia.  Lg pun aku tau, dgn keadaan aku skrg, mesti dia tau, dia nk ada adik.  So aku biar lah dia ngan babah dia..at least aku leh rehat sikit

21hb Mei 2011 Pagi dlm kul 9.00 pagi aku and family pergi ke Genting Highland.  X plan pun nk g Genting.  Ni semua gara2 nak ambil hati anak aku balik.  So bile kt sana, mmg dia bnyk abis kan masa dgn aku.  Yes!! dia dh nak kt aku balik.  Tp yg paling best..aku suka tgk dia happy kt sana..yelah dgn udara yg sejuk. Siap tertido lg kt sana..sejuk lah katakan..Puas aku dpt bawa Aiyadh g sana..Insya Allah ada rezeki aku nk bawa dia+adik dia..Insya Allah



Pix aku kt London

At Genting Highland








Monday, May 9, 2011

Happy mother Day

Masih belum terlewat untuk aku ucapkan Happy Mother Day buat semua ibu, ummi, mak, mama, mummy dan bakal bergelar ibu.  Happy Mother Day!!

Selamat Hari Ibu aku tujukan especially buat insan yang selama ini melahirkan, mengajar, mendidik aku sehingga aku berada di tahap ini.  Selamat Hari Ibu buat Mama yang tersayang..Noormala binti Pagi.  Sesungguhnya jasa dan pengorbanan mama tiada bandingan nyer.  Aku masih ingat lagi sewaktu aku sakit nak bersalin.  Pada ketika itu, mama berada di sisi aku memberi kata-kata semangat. Pada ketika itu, memang aku rasa sungguh sedih, terharu apa yang mama buat untuk aku.

Tak dapat aku nak cerita kan pengorbanan yang mama buat..aku hanya melihat dari mata kasar aku.  Tapi dalam hati..tiada siapa yang dapat menyelami nyer..Ungkapan ini aku tujukan khas buat mama aku yang tersayang.  Tak dapat aku bayangkan kalau mama tak ada kat dunia ni.  Mesti seluruh semangat aku, akan mati.  Ya Allah..Kau panjangkan lah umur mama aku.  Aku tak puas lagi untuk hidup bersama dengan nya.  Aminnn.... 

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu
Selamat Hari Ibu buat mama tersayang.  I love U so much.....Muahhhhhhh..

Wednesday, May 4, 2011

::Serba Salah::

Salam.

Sekarang aku rasa serba salah dibuatnya.  Tak tahu yg mana 1 aku nk ikut.
Oh Tuhan
bantulah hambamu ni untuk mencari jawapan yang benar. 
Lindungi lah hamba mu ini.  Sesungguhnya hamba mu ini insan yang terlalu lemah dan kerdil. 
 Kau berilah aku petunjuk untuk aku menentukan yang mana baik, yang mana buruk. 
 Seandainya ia tertulis rezeki buat aku, Kau berkatilah.
  Seandainya ia bukan rezeki untuk ku, Aku redha, aku pasrah. 
Sesungguhnya yang baik datang dari Mu, yang jahat datang dari hamba mu
Semoga Kau berikan petunjuk kepada hamba mu ini..
Aminnnnnnnnnnnnnnn....