Thursday, January 6, 2011

Yayad 7mons

Salam.

Alhamdullilah ari ni genap Yayad 7 bulan. Sedar x sedar Yayad dh besar. Aku rasa mcm baru smlm aku lahirkan dia. Aku amat sayang pd Yayad. Dialah buah hati, pengarang jantung aku skrg. Dialah penawar, dialah racun dlm hidup aku. Kehadiran Yayad dlm hidup aku amat bermakna. Aku bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana mengurniakan aku seorang anak anak yg momei, yg bnyk akal, yg tembom. 

Bila aku tgk Yayad, aku teringat zaman aku kecil. Klau ikutkan Yayad mmg ikut aku. Ini diakui sendiri oleh mama aku.  Yes!! mmg betul. Hubby aku penah ckp kt aku, Yayad adalah jelmaan aku masa aku kecil. Aku tgk Yayad skrg, aku tau mcmner mama aku jaga aku masa kecil. Mcm2 peel. Kadang pening paler aku & hubby. Dia dh mcm perangai. Ada jer menda yg dia nk buat. Lebih2 lg klau aku amik satu benda kt tangan dia..Fuhhhhhhhhhhhh!! dia nyer mengamuk jgn ckp lah.  Skrg dia suka sgt main hp. Yg jadi mangsa baba dia nyer hp. Lagi satu dia suka sgt dgn remote control. Abis remote control tv kt umh aku. Dh bnyk brg kt umh aku tu rosak sbb ada nyer si Yayad ni..Aiiii..nk wat mcmner anak kesanyang skrg ni.  Apa dia nk buat, dia nyer suka. Larang kang marah plak.

Aku tgk Yayad ni org nyer peramah.  Apa tak nyer suka perhatikan org. Kadang2 dia sendiri yg tegur org. Pastu suka sgt senyum, pantang org agah confirm akan menampakan gg dia yg 2 batang tu.

Aku harap Yayad dh besar akan menjadi insan yg berguna. Tak ada apa aku harapkan pada Yayad. Aku hnya minta semoga dia membesar dgn sempurna. Belajar pandai2.  Aku akan sokongan bidang apa yg dia minat.  Insya Allah aku akan penuhi segala permintaan dia.  Itupun klau pada aku permintaan dia yg berfaedah. Semoga Allah memberkati anak aku..Aminnnn...Baba & umi syg Yayad....

Mr Hubby

Aku sgt2 berterima kasih kepada hubby aku. Coz smlm dia jaga Yayad kt ofis dia.  Aku juga berterima kasih pd dia coz dia begitu memahami tugas aku kt ofis.  I'm very appreciate about that! Wlupun kt ofis dia penat dgn keje..tp kt umh dia tak lupa tanggungjawab dia pd Yayad. Kadang2 smpi aku terasa, klau tido Yayad mesti nk ngan baba dia. Klau baba dia x ada kt sebelah x leh tido. Aku harap hubby aku x kan lupa tanggungjawab dia sbg bapa & suami kepada aku & Yayad. Apa pun my hubby seorg baba yg bertanggungjawab. Aku amat, amat, amat menghargainya. Apa yg dia try buat utk Yayad ngan aku. Aku tau dia telah cuba sedaya upaya utk membahagiakan aku ngan Yayad. Dari x pandai jaga Yayad smpi dh advance. THANK YOU SO MUCH SYG.

Wednesday, January 5, 2011

DOUBLE TROUBLE !!

Salam..

Pagi2 lg aku & hubby dh sengal.  Yelah nk pikir sapa ari ni nk jaga Yayad.  Babysitter dia plak EL. Anak dia demam.  Aku pulak pg td x tgk hp..Coz bbysitter Yayad ada sms bg tau dia x dpt jaga Yayad.  Ayoyo!! fening gak td.. Last2 hubby aku decide, biar dia jaga Yayad..tp bawa Yayad g office dia lah. So ari nie my hubby kena amik half day.  Pas settle keje semua balik umah.  Cian Yayad. Tido ntah kemana..mkn ntah kemana..mandi pun ntah kemana. Aku plak x leh cuti ari nie..coz bos aku masuk. Bnyk mende nk kena settle. Mcm2 hal lah.

Hubby aku plak mlm td motor dia plak tayar bocor.  So ingatkan pd ni nk bawa g kedai motor.  Last2 dh jd mcmnie terpaksa lah bawa petang. Pastu hp dia plak buat hal. Hp dia rosak disebabkan Yayad.. Yayad suka gigit2 hp dia..pastu jatuh..terus kong! Sib baik ada hp lain jd penyelamat..Huhuhu..Aduhai..1st jd mcm gini..kelam kelibut lah td..

Tp td sedih plak aku tgk Yayad.  Ikutkan hati aku mmg aku nk EL jer..tp nk buat mcmner. Aku ada keje. Susah nk cuti. X smpi hati td aku tgk Yayad dlm car seat dia. Tp aku sempat bg dia susu dlm kete.  Jap lg time dia tido. Mcmner lah dia nk tido.  Dh lah klau siang dia suka tido buai. Nthlah..aku x penah buat Yayad mcm nie. Serba salah dibuatnyer. Tinggalkan anak mcm tue jer. Nthlah..Allah jer yg tau perasaan aku. Aku x tenteram tggal kan Yayad ngan hubby aku. Yelah hubby aku pun bz ngan keje dia..Hopefully Yayad x buat perangai time aku x ada. Aku dh pesan kt hubby aku..jaga Yayad elok2..Be have Yayad. Good boy.

Thursday, December 9, 2010

S.U.P.R.I.S.E !!!

Salam.. Jeng..jeng..jeng. Pagi2 smpai office aku terkejut ada bungkusan hadiah atas meja aku. Aku tertanya sapa yg bg present tu?? And last Lea masuk office aku tnya dia sapa bg..SUPRISE!!! U known the answer?? BOS Lea kasi a.k.a Datuk Zah bg..Hehehehe i'm so speechles!! Aku amat appreciate..Sgguh x disangka2..hehehehe..Apa yg aku teruja..pandai lak Tok Jah belikan baju utk Yayad..see..ciri2 keibuan & keNENEKan tu ada..Wa Caya Sama Lu lah Jah.. P/s : Insya Allah family Dan nnti aku pakaikan Yayad 1 sut baju tu..mesti momei..

Wednesday, December 8, 2010

6 mons already !!

6hb. genap Yayad 6 bulan.  As usual dia dh strt mkn. Syok tgk dia selera makan.  So skrg aku ada timetable pagi sblm g keje..tugas aku adalah memasak bubur utk Yayad. Skrg aku dh pening nk pikir apa resepi bubur aku nak masak utk Yayad. Kalau asyik mende yg sama plak, Yayad mesti jemu kan..Skrg keje aku ok sikit, coz dia dh boleh dok kt dlm walker dia..so x ada lah dia golek2 smpi kt pintu umh, main2 langsir, hisap segala mende yg ada kt lantai umah.  Skrg ni dia pantang tgk org mkn..mesti mulut dia pun sama nak mkn.  Klau dulu nk tido bukan main senang, tp skrg payah nk rakk..susah dh nk suh dia tido, nk kena main2 ngan dia dlu, pastu dh penat baru leh tidi. One more thing..aku kena ada time tido, coz aku 'something' tuk dia tido..hehehehehe.. Inilah wajah2 kesayangan hamba..:D


Thursday, December 2, 2010

Wanita & Air mata


Kenapa perempuan mudah menangis?


Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”

Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”

“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar

jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.

Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

* Aku bangga menjadi seorang wanita. Wink!! :D

Wednesday, December 1, 2010

Arrrrrrrrrrrrrrrggggggghhhhhh!!

Apsal aku ni!! lately ni x ada mood..kt tmpt keje pun sama. Kt umh pun sama..Help me!!!!!!!!!!!! Pulangkn mood aku!!